S. K. PEKAN DUA

USAHA HINGGA JAYA

KEMUDAHAN

 

STAF

 

PENCAPAIAN

 
  SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN DUA, PETI SURAT 81737, 87027 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. TEL: 087-422803 FAX: 087-424803 EMAIL: skpdwpl@yahoo.com

Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Teknologi Pendidikan
Jabatan Pelajaran WP Labuan
Myschoolnet
Zoom-A

PERUTUSAN KHAS GURU BESAR

En. Awang Kalong B. Haji Said

SK PEKAN DUA

GEMILANG!!!

LAMAN WEB INI

DIKEMASKINI PADA

11 Jun 2007

MENGENAI SK PEKAN DUA
Visi dan Misi
Piagam Pelanggan
Lencana Sekolah
Bendera Sekolah
Lagu Sekolah
Ikrar Sekolah
Kurikulum
Hal Ehwal Murid
Kokurikulum
Pelan Strategik


Lencana SK Pekan Dua

BENTUK

Lencana sekolah melambangkan identitinya tersendiri. Bentuknya bermotifkan sebuah perisai yang mana di dalamnya tercatat nama sekolah dan peta Pulau Labuan bernombor 2 menggambarkan lokasi sekolah.

Peta Pulau labuan diapit dengan lambang padi menggambarkan keharmonian nilai yang perlu diamalkan seperti resmi padi “makin tunduk makin berisi”.

Bentuk bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Di dalamnya tertera cogan kata sekolah “USAHA HINGGA JAYA” dan di atas lambang padi tersergam nama sekolah “SRK PEKAN DUA LABUAN”. Nama SK Pekan Dua diperolehi daripada angka 2 dalam peta Pulau Labuan dan SRK ditukar kepada SK.

 

WARNA

Warna yang terdapat dalam lencana sekolah SK Pekan Dua ialah warna merah, putih, hijau dan kuning. Warna-warna ini mempunyai maksud yang tersirat di samping keindahan gabungan warna tersebut. Di bawah ini dinyatakan tafsiran warna-warna yang terdapat dalam lencana sekolah ini.

 

MERAH

Menandakan keberanian, keazaman, kecekalan dan ketrampilan murid-murid serta guru-guru untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah di mata masyarakat.

 

PUTIH

Melambangkan ketulusan dan kesucian hati para pendidik dalam menabur bakti mendidik anak bangsa menjadi rakyat yang berguna di masa akan datang.

 

HIJAU

Melambangkan keagamaan dan kesempurnaan masyarakat sekolah dalam mengamalkan agama masing-masing tanpa ada halangan dari mana-mana pihak.

 

KUNING

Melambangkan disiplin dan sopan santun di mana murid-murid dilatih dan diajar dengan didikan agama dan moral supaya mereka dapat mendisiplinkan diri serta bersopan santun terhadap sesiapa sahaja sama ada ketika di sekolah mahupun di luar waktu sekolah.

 

 

Google

 

Hak Cipta Terpelihara © 2007 skpdwpl.tripod.com